Wednesday, 3 September 2014

Portable di puncak Gunung Jerai


QTH: Puncak Gunung Jerai
1 September 2014

Petikan dari
http://www.gunungjerai.com/gunung-jerai

Gunung Jerai setinggi 1,217 meter adalah lambang kemegahan negeri Kedah.
Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi.

Dengan suhu sedemikian, ia amat sesuai untuk aktiviti rekreasi di kawasan puncak termasuk treking dan berbasikal.

Pada abad ke-4 hingga 13, Gunung Jerai digunakan pedagang Parsi, Arab, Cina dan India sebagai panduan berdagang di Kedah.

Banyak kesan sejarah di gunung itu, antaranya Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh iaitu orang yang bertanggung jawab mengislamkan Maharaja Debar Raja I yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136.